
mutabaah amal itu apa?
Mutabaah amal adalah pengawasan amalan ahli-ahli usrah. Ia dilaksanakan dalam usrah untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti amalan fardhi setiap ahli usrah bagi memastikan hubungan antara mereka dengan Allah itu terjaga, walaupun di luar usrah.
Seringkali, mutabaah amal digunakan sebagai ukuran sejauh mana seorang akh itu serius dalam mengamalkan islam dalam kehidupannya secara seluruh.
Sebagai contoh, secara berperingkat-ringkat;
1) Ahli usrah diminta untuk membaca quran 2 muka surat sehari dan melaporkan sejauh mana mereka berjaya melaksanakannya.
2) Ahli usrah diminta untuk solat berjemaah sekurang-kurangnya 2 kali setiap hari dan melaporkan sejauh mana mereka berjaya melaksanakannya pada usrah berikut.
Harapan dari mutabaah amal ini sangat besar iaitu sehingga seorang akh itu mampu melaksanakan amal-amal yang lebih besar dan banyak dan berkualiti tanpa arahan sesiapapun, namun hanya kerana kecintaanNya kepada Allah.
Untuk keterangan lanjut, ana sertakan link-link berikut:
http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=678:mutabaah-satu-keperluan&catid=35:dakwah-a-harakah&Itemid=83
http://afiqawe2.blogspot.com/2010/01/mutabaah-amal.html
http://amiruddin86.blog.friendster.com/2009/06/mutabaah-amal-keperluan-ata-beban/
http://narawastuilmu.blogspot.com/2009/09/mymutabaah.html

